then dayah buat presentation pasal pergaulan bebas. agak tertarik dan menarik lah kan presentation die tu *clap2* .
ni nak share2 skit kan, smoga dapat faedah sama2 ;)
Empat Soalan Yang Akan di Tanya di Akhirat Nanti
Sahabat yang dikasihi Allah,
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Setiap hamba pada Hari Qiyamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara :
Pertama : Tentang umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahula?
Kedua : Masa remajanya, bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu?
Ketiga : Tentang harta, dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakannya?
Keempat : Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?"
(Hadis Riwayat Muaz bin Jabal r.a.)

kenapa remaja?
Ujian semasa muda agak berat kerana ketika inilah darah muda sedang membara dan naluri semula jadi remaja ingin mencari pasangan hidup yang serasi atau ingin berpoya-poya dahulu sebelum memasuki alam perkahwinan. Amat malang apabila mereka ingin mencuba sesuatu perbuatan maksiat yang membawa kepada dosa besar. Ketika inilah ramai para remaja tewas, tidak dapat mencari nilai kebahagiaan sebenarnya. Kenapakah hadis Nabi s.a.w mengkhususkan masa remaja dan ujian diwaktu itu ?
Kalau kita perhatikan gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang banyak berlaku dikalangan muda mudi Islam sebagai contoh penagihan dadah, kes buang anak, bohsia, bohjan, mat rempit, kes ragut, perzinahan, gengsterism dan minum arak dan berbagai-bagai lagi, adalah disebabkan para remaja tidak di tarbiyyah dengan asas agama yang kuat, dan mudah terpedaya dengan nafsu muda dan hasutan syaitan.
Sepatutnya ketika usia remaja, mereka melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang berguna, ilmu agama, kemahiran dan menghiasi diri dengan akhlak yang mulia dan amal-amal soleh kerana persiapan yang sempurna nanti sebagi pengganti generasi yang terdahulu sebagai pemimpin dan pendidik yang berfikiran jauh. Sesungguhnya kejayaan dan kejatuhan sesuatu umat bergantung kepada kekuatan pemuda dan pemudinya, bila baik dan kuat dari segi akhlak, keimanan dan pengetahuan maka akan baik dan majulah sesuatu umat itu. Sebaliknya apabila runtuh akhlak dan keperibadian mereka maka umat itu akan runtuh dan amat sukar untuk dibangunkan semula.
*teringat lak tadi tgok surat kabo harini,
-tikam isteri masa solat subuh
-tikam isteri masa solat subuh
-anak kapak bapak
buang anak dalam beg pakaian.

No comments:
Post a Comment